Monday, September 5, 2011

Tips Menabung Dan Menyimpan Duit (ASB)


Ini pengalaman diri sendiri dan aku rasa aku patut kongsikan kepada anda semua agar semuanya dapat menabung dan menyimpan duit dengan cara yang lebih berkesan. Anda boleh lakukannya. Cuba praktikkan cara ini demi masa depan anda.


Teknik Pertama

SIMPAN LEBIHAN SYILING

Selalunya apabila kita membeli sesuatu barangan samada di kedai runcit mahupun pasaraya besar atau di mana sahaja berbelanja kadang-kadang ada baki wang yang dipulangkan. Selalunya syiling. Saya nasihatkan agar wang/syiling balance tadi disimpan di dalam satu bekas yang kita perlu bertekad untuk tidak mengusiknya. Sebulan sekali baru buka bekas lebihan wang dan masukkan wang tersebut ke dalam ASB (mana-mana akaun pelaburan) walaupun jumlahnya hanyalah sedikit. 
Contohnya di sini, saya andaikan bahawa tabungan lebihan wang anda sebulan mencecah RM30. Jika setahun anda mampu menyimpan sebanyak RM360. Andaikata keuntungan ASB untuk tahun berikutnya adalah 7%, maka anda telah mendapat keuntungan sebanyak RM25.20. Ditambah pula dengan simpanan tadi anda akan dapat nilai terkumpul sebanyak RM385.20. Untuk tahun itu anda ada wang sebanyak RM385.20.


Teknik Kedua

POTONG GAJI APABILA ADA KENAIKAN GAJI TAHUNAN

Kepada yang makan gaji tidak kiralah kerajaan atau swasta mesti ada kenaikan tahunan gaji. Apa salahnya sekiranya anda membuat potongan gaji tetap sebanyak RM20 sebulan khas untuk disimpan ke dalam ASB. Saya nasihatkan agar menambah potongan gaji untuk disimpan ke ASB setiap tahun. Contohnya tahun ini bermula potongan sebanyak RM20, tahun depan tambah pula RM20 dan ianya akan menjadi RM40. Begitulah seterusnya. 
Saya memberi contoh untuk potongan RM20 sebulan. Anda menyimpan RM20 sebulan melalui potongan gaji ke ASB, setahun ada dapat mengumpul RM240. Andaikata keuntungan ASB untuk tahun berikutnya adalah 7%, maka anda telah mendapat keuntungan sebanyak RM16.80. Ditambah pula dengan simpanan tadi anda akan dapat nilai terkumpul sebanyak RM256.80. Untuk tahun itu anda ada wang sebanyak RM256.80.


 Teknik Ketiga

ASINGKAN WANG PERBELANJAAN SETIAP BULAN

Selalunya kita tidak merancang untuk membuat perbelanjaan rumah dan keluarga. Anda perlu membuat demikian. Pecahkan perbelanjaan beberapa bahagian untuk diri sendiri, anak-anak, selenggara kereta, perubatan anak-anak untuk kecemasan. Sebagai contoh di sini anda telah memperuntukan untuk diri sendiri sebanyak RM300 sebulan begitu juga untuk perbelanjaan yang lain (rancang sendiri bajet anda). Perbelanjaan RM300 anda sebulan semestinya mempunyai baki paling tidak pun RM50.
Contoh, dari baki RM50 sebulan tadi anda perlu menyimpan juga ke dalam ASB. Setahun anda dapat menyimpan sebanyak RM600.Andaikata keuntungan ASB untuk tahun berikutnya adalah 7%, maka anda telah mendapat keuntungan sebanyak RM42.00. Ditambah pula dengan simpanan tadi anda akan dapat nilai terkumpul sebanyak RM642.00. Untuk tahun itu anda ada wang sebanyak RM642.00.


JUMLAH WANG ANDA 

Samada anda perasan atau tidak jumlah penyimpanan anda secara tidak langsung termasuk dividen ASB adalah sebanyak RM1284.00. Satu jumlah yang banyak untuk tahun itu jika kita berdisiplin untuk menyimpan wang. Maknanya kita tidak akan terasa sangat sekiranya majikan tidak memberi bonus tahunan kepada anda. Selamat mencuba.


KATA-KATA SAYA

Saya ada banyak lagi kaedah yang lebih kompleks untuk dipelajari dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian anda untuk menguruskan kewangan sendiri atau keluarga. Saya akan kongsikan kepada anda semua bagaimana untuk menggandakan wang yang terkumpul tadi supaya mendapat pulangan yang lebih menarik dengan teknik saya sendiri. Ianya hanya melibatkan institusi bank dan ASB serta kebijaksanaan anda bermain dengan angka dan interest.

Tunggu...............

1 comment: