Thursday, October 13, 2011

Tips Redakan Pergaduhan Suami Isteri

Tidaklah ia dinamakan suami isteri jika tidak bergaduh...

Alam perkahwinan sememangnya amat rumit jika kita tidak pandai untuk menguruskannya. Maklumlah masing-masing berlatarbelakangkan keperibadian yang berbeza. Adakalanya si suami buat ego, juga si isteri kadang-kadang naik ego sedikit. Disebabkan ego-ego inilah berlakunya pertelingkahan kerana masing-masing tidak mahu mengalah. Saya ingin kongsikan beberapa tips yang perlu diambil oleh suami atau isteri apabila pergaduhan tercetus....

Senyapkan Diri
Selalunya pasangan kita ada yang api dan ada yang air. Amat jarang pasangan suami isteri sama-sama bersifat air (tidak melawan). Jika pasangan anda membebel kerana marah, anda perlu senyapkan diri. Tidak perlulah kita meninggikan suara bak sangkakala. Pasangan anda marah, anda hanya perlu senyum sahaja dan tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun walau dicabar untuk bercakap. Dengan cara tersebut pasangan anda akan membebel seorang diri dan sampai waktunya pasangan anda akan senyap.

Tutup Mulut Pasangan Dengan Romantik
Semasa pasangan anda tengah membebel tak tentu pasal, anda hanya perlu tutup mulut pasangan anda dengan hanya dua jari. Caranya perlu romantik dengan renungan yang membawa kemaafan. Lafazkan 'I Minta Maaf Sayang'. Mesti cair lah pasangan anda dan langsung tidak berlaku pergaduhan.

Sebenarnya banyak lagi tips-tips yang boleh diimplementasikan. Namun sebenarnya kesemua tips itu berasal dari pengalaman kita sendiri. Terpulang kepada kita bagaimana hendak mencorakkannya.

No comments:

Post a Comment