Thursday, September 1, 2011

Kempiskan Perut Anda Dengan Cara Berkesan


Bulan Syawal ni ramai yang makan dengan begitu banyak sehinggakan lupa tentang kesihatan sendiri. Maklumlah puasa sebulan... Sebulan tak makan di siang hari. Juadah pula yang 'rare'... Nah, lepas ni confirm perut naik semula kepada saiz sebelum berpuasa. Apapun di sini ada tips-tips yang mungkin akan dapat mengempiskan perut anda. Tapi kena lihat dari sudut kesesuaian metabolisme anda.

1.   Makan Dahulu Minum Air Kemudian

Ramai antara kira minum air dahulu lepas tu baru makan. Kononnya akan melancarkan pergerakan makanan ke dalam perut. Di sini kita silap. Orang tua-tua dahulu akan makan apa jua jenis makanan dan selepas setengah jam makan tadi barulah meneguk air. Dipercayai akan mengempiskan perut dan perut tidak akan mengelembung.

2.   Makan perlahan-lahan (Step by step)

Dinasihatkan supaya jangan makan gelojoh dan cepat. Ini kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Nikmatilah makanan dengan cara yang perlahan. Makanan yang tidak hancur dikunyah akan menjadi bahagian-bahagian yang tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan


3.   Mengurang Pengambilan Garam

Kepada yang suka makanan yang agak masin tu perlulah kurangkan pengambilannya. Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

4.   Pengambilan Serat (Buah-buahan)

Tadi di para 1 perlu makan dulu sebelum minum air. Kalau hendak lebih berkesan, makanlah buah-buahan dahulu seterusnya makan dan diakhiri minum air selepas setengah jam. Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air. Dengan memakan buah-buahan berserat akan menghindari sembelit.

5.   Awasi Ubat-Ubatan

Hati-hati apabila mengambil ubat-ubatan. Adakalanya perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

6.   Bersenam 

Yang paling berkesan adalah bersenam. Tapi jangan hanya buat senaman perut. Senaman perut hanya boleh dibuat susulan daripada senaman biasa. Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

7.   Tips Yang Tidak Disarankan Untuk Diikuti Dan Sedikit Merbahaya

Bancuh teh uncang dalam cawan dengan air panas tanpa gula. Kalau nak power bancuh 2 uncang teh. Ambil 5 biji limau nipis perah ke dalam air tadi. Minum selepas air tadi sejuk.
Minum pagi sebelum sarapan. Pasti anda akan membuat temujanji yang kerap dengan tandas. Jangan minum lebih dari 3 hari berturut-turut. Dikhuatiri cecair badan akan cepat abis.. (Ingat!!! Tidak disarankan mencuba. Risiko tanggung sendiri)

Jika tips-tips di atas tidak memberi kesan kepada anda walaupun sudah mendisiplinkan diri, saya syorkan anda berpuasa semula. Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment