Monday, August 1, 2011

Petua - Petua Yang Perlu Kita Tahu (1)

Kecutkan Jerawat!!
Caranya, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama 20-30 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu..Insya -Allah, jerawat pada wajah anda akan mengecut dan tampak jelita !!

Sakit Tumit Kaki
Ambil 1 kg garam kasar.dipanaskan mengunakan kuali dengan cara mengoreng tanpa minyak. panaskan sampai kesemua garam kasar tadi menjadi panas.setelah garam tersebut menjadi panas bungkus mengunakan kain. kemudian tuamkan tumit anda dengan garam kasar tersebut. insyaallah ia akan sembuh

Melegakan Selsama Bayi dan Kanak2
Dapatkan ibu kunyit sebesar ibu jari, potong diatasnya, korek dengan paku yang sederhana besar dan sumbatkan sedikit kapur makan didalamnya, digaulkan, biar bercampur antara kunyit dan kapur tadi, dan bolehlah disapukan diatas hidung bayi, sebaiknya ketika bayi tidur..lakukan selalu, insyaallah hidung bayi tidak akan tersumbat dan boleh tidur lena.

Gigi Kuat
Amalkan selalu petua ini,Setiap kali anda penat kerana berlari dan sebagainya,anda hendaklah kacing gigi jangan biar mulut ternganga dan setiap kali anda membuang ayer besar kancinlah gigi anda ketika meneran begitu juga semasa anda sampai kekemuncak ketika bersetubuh jangan ternganga ,kancinlah gigi anda Insyaallah gigi anda akan kuat

Melegakan Selsema Bayi dan Kanak2
Dapatkan ibu kunyit sebesar ibu jari, potong diatasnya, korek dengan paku yang sederhana besar dan sumbatkan sedikit kapur makan didalamnya, digaulkan, biar bercampur antara kunyit dan kapur tadi, dan bolehlah disapukan diatas hidung bayi, sebaiknya ketika bayi tidur..lakukan selalu, insyaallah hidung bayi tidak akan tersumbat dan boleh tidur lena.

Gigi Kuat
Amalkan selalu petua ini,Setiap kali anda penat kerana berlari dan sebagainya,anda hendaklah kacing gigi jangan biar mulut ternganga dan setiap kali anda membuang ayer besar kancinlah gigi anda ketika meneran begitu juga semasa anda sampai kekemuncak ketika bersetubuh jangan ternganga ,kancinlah gigi anda Insyaallah gigi anda akan kuat

Menguatkan Tenaga Batin SiWanita
Bagi wanita yg mahukan lebih 'ummphh' ( Tenaga ) sewaktu bertarung dgn si suami amalkan petua ini :selama 3 pagi berturut-turut, hendaklah bangun tidur sebelum si suami terjaga ( Peringatan: petua ini tidak akan mujarab sekiranya si suami sudah terjaga ), rendamkan 3 jenis daun bunga yg berasingan, (sebaiknya bunga yg berlainan warna) bersama dgn sedikit madu asli kedalam sebaldi air suam selama 30 minit .Mandi menggunakan air ini selepas itu barulah kejutkan si suami untuk mengetahui hasilnya.

Petua Mendapatkan Anak
Mendapatkan anak lelaki atau perempuan seperti kata orang anak selang bunga memang payah. Namun usaha dan petua yang diamalkan insyallah boleh diperolehi.Jika inginkan anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan Jika inginkan anak perempuan, air mani perempuan hendaklah dipancutkan atau kekemuncak dahulu. Kemudian tidurlah mengiring ke kiri. Insyaallah jika diiringi doa.

Dapatkan Anak
Ini adalah petua ingin dapatkan anak cepat bagi pasangan yang tak dapat anak setelah berkhawin sekian lama....atau baru khawin inginkan terus dapat cahayamata. 1- Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli ( warna hitam ) setiap awal pagi sisuami. 2- Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi,baik untuk semua lelaki yang telah berumahtangga 3- Amalakan bersedekah setiap hari jumaat,bila pergi ke masjid,InsyaAllah bila diamalkan selalu ianya akan berhasil.Cara Buat Senaman Batin :-1- Duduk bersila badan tegak2- Lepas itu luruskan kaki kanan kedepan.3- Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan , tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam-dalam (slow ) 4- Setelah nafas penuh didada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan ( jangan lepaskan nafas tahan selama 7 saat ) jika tidak mampu jangan paksa. 5- Ulangi perkara yang diatas dengan kaki kiri pula.6- Buat 3 x atau 7 x setiap lepas sembahyang subuh Jika betul melakukannya peluh akan keluar walaupun hanya 3 x buat.(maksudnya 3 x kanan dan 3 x kiri ).Selamat mencuba.

Mengelak Rambut Dari Cepat Beruban.
Kebiasaanya kita orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi nampak berseri, lagi pun uban tumbuh tak kira usia, ada kalanya masa remaja lagi ada yang telah beruban. Saya pernah dengar petua dari arwah nenek saya ( dia meninggal semasa berumur 102 tahun ) rambut nya masih hitam. dan dia bagi petua pada saya katanya,kalau nak lambat atau menahan uban dari tumbuh caranya :Ambil segengam biji buah betik ( banyak pun tak apa ) yang dah masak kamudian jemur ( keringkan ), kamudian goring dengan tidak mengunakan minyak sampai hangus, lepas tu tumbuk sampai betul-betul lumat, kamudian masak dengan semangkuk santan pekat sampai menjadi minyak, dan minyak inilah kita gunakan sebagai minyak rambut seharian, Insyaalah menjadi.

Sumber - www.carigold.com

No comments:

Post a Comment