Monday, August 1, 2011

Petua - Petua Yang Perlu Kita Tahu (5)

Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai,basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali.amalkan selama tiga hari,selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

Melambatkan Pancutan Air Mani
Ambil segengam akar pinang muda ( 2 tahun kebawah ) rebus bersama carikan segengam daun tapak gajah ( bentuk seperti tapak gajah,selalu dijumpai di pinggir hutan ) sehingga air tinggal setengah daripada periuk tapis dengan kain dan embunkan semalaman.Sebelum diminum digalakkan mengunyah asam keping untuk mengurangkan rasa payau.Amalkan sehari sebelum berjimak.Petua ini amat berkesan untuk melambatkan melambatkan pancutan air mani.Namun ia bergantung kepada keadaan mental individu.Semua ini terserah kepada ketentuan Allah.

Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing,ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya,direbus sekali.Selepas air itu menjadi suam,amalkan meminum ayer itu.InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,ia akan memecahkan batu karang tersebut.Sekiranya tidak ada penyakit,ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

Masalah Bau Badan
Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas.Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas.Selepas tu sapukan tangan ke badan.Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu ketulan tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yg tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil.

Sejukkan kepala & menghitam Rambut
Ambil daun bunga raya segenggam , kemudian masukkan kedalam bekas dan isi sedikit air selepas itu ramas hingga belendir.Selepas itu sapu diatas kepala beberapa minit sebelum mandi Insyallah kepala anda akan berasa sejuk selepas mandi dan rambut mengambil sedikit masa untuk hitam.

Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara2 nya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

Inginkan Anak
Ada orang yang telah lama berkahwin tapi belum dikurniakan anak.Semasa melakukan jimak , punggung isteri hendaklah diayun kekiri dan kekanan ,supaya air mani akan sampai ketempat yang sebetulnya.

Dapat Anak Cerdik
Asalamualaikum,Petua yang amat mudah dan insyallah berkesan cuba amalkan makan buah delima sebelum bersalin.

Hilangkan Sakit Kepala
Ambil beberapa biji limau nipis, potong dan gosokan di seluruh bahagian kepala , biarkan selam 1/2 jam insyaAllah hilang sakit kepala.

Bibir merah semulajadi

Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu. memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit
mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

Lentik & Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah......lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi.Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada allah.Kedua ambil beberapa ulas bawang putih ,mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari ,Insyaallah dengan izin Allah,selamat mencuba.

Petua : Kempis Perut
Petau yang mudah dan kos yang murah.Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

Anak Fasih Bercakap
Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada ibu bapa..Insayallah...

Inginkan Anak Putih 1
Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan.Disini saya ingin menasihati kepada ibu mengandung,elakkan mengambil makanan yang berkicap.Nenek moyang saya kata,kalau masa hamil tu,jangan makan makanan berkicap.Insyaallah putihlah anak tu kelak.Cubalah ya.

Inginkan Anak Putih 2

Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda mengandung insyaallah anak yang dilahirkan putih.
Pengirim : Dilla

Awet Muda
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf,jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

Menghilangkan kolestrol dlm darah
Ambil limau nipis belah dua tapi jangan sampai terputus sambil memotong anda kenalah membaca selawat x 3 dan masukkan dlm air panas sampai limau itu kuning dan minum amalkan setiap hari insyaallah menjadi.....

Mata Terkena Chili
Ambil secubit garam dan hisap atau resip..dan airnya ditelan sedikit. InsyaAllah tak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata tu...Selamat mencuba

Kurangkan Misai atau Janggut
Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada misai atau janggut.

Lembutkan Rambut
Untuk lembutkan rambut anda boleh cuba petua ini.Ambil segenggam daun inai,mesin hingga hancur atau masak hingga panas sebentar. Sejukkan , kemudian sapulah pada rambut anda.Insyaallah

Sumber - www.carigold.com

No comments:

Post a Comment