Monday, August 1, 2011

Petua - Petua Yang Perlu Kita Tahu (4)

Buang Ketuat ( Butil )
Ambil sebiji buah betik muda.Hiris supaya getahnya keluar.Letakkan getah pada ketuat yang telah dikikis sedikit kulit luar yang keras.Biar beberapa jam sehingga getah kering.Kikis kulit ketuat yang telah diselaputi getah kering.Ulangi proses di atas sehingga kulit ketuat menjadi nipis.

Menghaluskan Rambut
Asalammalaikum,
Cubalah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan dan ramas-ramaskan dalam sebaldi air,dan lendiran air rambutan bercampur air dalam baldi tadi boleh digunakan sebagai bilasan rambut dan hasilnya rambut anda kelihatan lembut dan terasa halus.

Ingin anak perempuan dan lelaki
Kalau tuan dan puan inginkan anak perempuan lebihkan banyak makan Ikan dan Sayuran Hijau.Sekiranya inginkan anak lelaki banyakkan makan daging AYAM dan Daging Lembu.

Mencegah Jeragat
Jika anda berhasrat untuk mencegah atau mengurangkan jeragat di wajah,gunakanlah hampas kelapa.Gosok-gosokkan hampas kelapa di seluruh wajah.Biarkan selama 15 minit atau lebih.Amalkan selalu,insyaallah jeragat dapat dihindarkan malahan kulit wajah menjadi halus dan gebu...

Senaman Kuatkan Tenaga Batin
Untuk menguatkan tenaga batin lelaki caranya ialah:
1. Apabila bangun dari tidur,ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan di kepala zakar.
2. Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya;
I ) Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan badan sampai
mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan.
ii ) Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik
nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik, cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali.

Penawar Resdong
Penyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui pernafasan.Kini saya paparkan pengalaman saya yang telah mengidap resdung berbelas tahun malah telah menjalani pembedahan pada tahun 1994. Tahun lepas saya dapat nasihat agar saya mengamalkan perbuatan menyedut air kedalam hidung ( seperti berwuduk ) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh muka sebersih-bersihnya.Lakukan ini setiap kali sampai kesatu destinasi,baik kepejabat ,bersantai , beriadah pulang kerumah malah kemana saja.Amal kesannya sungguh menakjubkan.

Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan.Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu.Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

Terkena atau Terpijak Paku Berkarat
Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.Insyaallah baik.

Hilangkan bau Durian ditangan
Selepas makan durian, anda dikehendaki mencuci tangan anda di dalam paksa durian dengan cara merendamkan jari-jari dan tangan anda ke dalamnya. InsyaAllah ianya berkesan.

Mengurangkan Masalah Darah Tinggi
Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga bolih direbus dan dimakan bersama sambal belacan.Ianya pahit sikit tapi baik untuk yang sakit darah tinggi.Insyaallah semoga ianya berjaya.

Menguatkan Zakar
Sebelum bersetubuh, basuhkan/rendamkan zakar dengan air suam selama beberapa minit. Ini akan menguatkan dan menegangkan lagi zakar anda

Lesung Pipit
Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah hingga keluar air.Ambil hampasnya dan sapukan pada pipi. ( tanda terlebih dahulu )

Sumber - www.carigold.com

No comments:

Post a Comment