Monday, August 1, 2011

Petua - Petua Yang Perlu Kita Tahu (3)

Ikan Gulai Lebih Lembut Dan Sedap.
Jika anda ingin sedapkan lagi masakan anda utama nya yang menggunakan ikan campurkan sedikit halba kedalam masakan anda,Insyallah ikan itu akan lebih lembut dan sedap.Cubalah....

Melambatkan Rambut Uban
Selepas membasuh tangan ( selepas makan ), hendaklah disapukan ke rambut. Tangan yang dibasuh tadi tidak perlu dilap.InsyaAllah, rambut anda tidak beruban

Melambatkan Pancutan Air Mani
Kalau anda seorang yang selalu cepat keluar air mani ketika bersetubuh cubalah petua ini, anda akan nikmati sendiri.Petuanya bila saja rasa air mani itu keluar tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan bila ada rasa nak keluar lagi tarik lagi nafas semampu yang anda boleh,dan lakukan hingga seterusnya.. insyallah anda akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih panjang.

Kesan hilangkan Parut Jerawat muka
Kepada sesiapa sahaja yang mempunyi muka berminyak meraka bernasib baik kerana muka yang berminyak boleh menghilangkan parut jerawat walau makan masa yang lama sedikit..Cara yang lain iaitu anda tak dibenarkan makan kicap bagi mengelakan kesan paruh jerawat tersebut...Selamat mencuba petua saya ini.

Menghilangkan Penyakit Kuning
Ramai ibu-ibu yang mengalami,semasa mengandung kurang minum air dan menyebabkan apabila bayi mereka lahir bayi mereka akan kena sakit kuning Untuk menyembuhkannya sila beri bayi tersebut meminum air susu kambing,pasti penyakit kuningnya akan hilang.

Mengurangkan Sakit Kepala
Asalammualaikum,
Amalkanlah petua datuk nenek kita dahulu.Caranya biasakan diri setiap kali bangun pagi,basuh muka dahulu sebelum memberus gigi.insya-Allah kita tidak di serang sakit kepala.Mencegah lebih baik dari mengubati.

Menyerikan Wajah

Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun (dikawasan yang tiada pencemaran) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering.Kemudian basuh muka anda.Amalkan selalu insyaallah.

Merawat Bisul
Sekiranya anda terkena bisul ambil 2 biji bawang putih dan tampalkan keatas bisul tersebut.Biarkan lebih kurang 5 minit kemudian bersihkan.Ulang sehingga nanah bisul itu terkeluar insyaalah mujarab.

Sumber - www.carigold.com

No comments:

Post a Comment