Thursday, October 13, 2011

Tips Redakan Pergaduhan Suami Isteri

Tidaklah ia dinamakan suami isteri jika tidak bergaduh...

Alam perkahwinan sememangnya amat rumit jika kita tidak pandai untuk menguruskannya. Maklumlah masing-masing berlatarbelakangkan keperibadian yang berbeza. Adakalanya si suami buat ego, juga si isteri kadang-kadang naik ego sedikit. Disebabkan ego-ego inilah berlakunya pertelingkahan kerana masing-masing tidak mahu mengalah. Saya ingin kongsikan beberapa tips yang perlu diambil oleh suami atau isteri apabila pergaduhan tercetus....

Senyapkan Diri
Selalunya pasangan kita ada yang api dan ada yang air. Amat jarang pasangan suami isteri sama-sama bersifat air (tidak melawan). Jika pasangan anda membebel kerana marah, anda perlu senyapkan diri. Tidak perlulah kita meninggikan suara bak sangkakala. Pasangan anda marah, anda hanya perlu senyum sahaja dan tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun walau dicabar untuk bercakap. Dengan cara tersebut pasangan anda akan membebel seorang diri dan sampai waktunya pasangan anda akan senyap.

Tutup Mulut Pasangan Dengan Romantik
Semasa pasangan anda tengah membebel tak tentu pasal, anda hanya perlu tutup mulut pasangan anda dengan hanya dua jari. Caranya perlu romantik dengan renungan yang membawa kemaafan. Lafazkan 'I Minta Maaf Sayang'. Mesti cair lah pasangan anda dan langsung tidak berlaku pergaduhan.

Sebenarnya banyak lagi tips-tips yang boleh diimplementasikan. Namun sebenarnya kesemua tips itu berasal dari pengalaman kita sendiri. Terpulang kepada kita bagaimana hendak mencorakkannya.

Monday, September 5, 2011

Tips Menabung Dan Menyimpan Duit (ASB)


Ini pengalaman diri sendiri dan aku rasa aku patut kongsikan kepada anda semua agar semuanya dapat menabung dan menyimpan duit dengan cara yang lebih berkesan. Anda boleh lakukannya. Cuba praktikkan cara ini demi masa depan anda.


Teknik Pertama

SIMPAN LEBIHAN SYILING

Selalunya apabila kita membeli sesuatu barangan samada di kedai runcit mahupun pasaraya besar atau di mana sahaja berbelanja kadang-kadang ada baki wang yang dipulangkan. Selalunya syiling. Saya nasihatkan agar wang/syiling balance tadi disimpan di dalam satu bekas yang kita perlu bertekad untuk tidak mengusiknya. Sebulan sekali baru buka bekas lebihan wang dan masukkan wang tersebut ke dalam ASB (mana-mana akaun pelaburan) walaupun jumlahnya hanyalah sedikit. 
Contohnya di sini, saya andaikan bahawa tabungan lebihan wang anda sebulan mencecah RM30. Jika setahun anda mampu menyimpan sebanyak RM360. Andaikata keuntungan ASB untuk tahun berikutnya adalah 7%, maka anda telah mendapat keuntungan sebanyak RM25.20. Ditambah pula dengan simpanan tadi anda akan dapat nilai terkumpul sebanyak RM385.20. Untuk tahun itu anda ada wang sebanyak RM385.20.


Teknik Kedua

POTONG GAJI APABILA ADA KENAIKAN GAJI TAHUNAN

Kepada yang makan gaji tidak kiralah kerajaan atau swasta mesti ada kenaikan tahunan gaji. Apa salahnya sekiranya anda membuat potongan gaji tetap sebanyak RM20 sebulan khas untuk disimpan ke dalam ASB. Saya nasihatkan agar menambah potongan gaji untuk disimpan ke ASB setiap tahun. Contohnya tahun ini bermula potongan sebanyak RM20, tahun depan tambah pula RM20 dan ianya akan menjadi RM40. Begitulah seterusnya. 
Saya memberi contoh untuk potongan RM20 sebulan. Anda menyimpan RM20 sebulan melalui potongan gaji ke ASB, setahun ada dapat mengumpul RM240. Andaikata keuntungan ASB untuk tahun berikutnya adalah 7%, maka anda telah mendapat keuntungan sebanyak RM16.80. Ditambah pula dengan simpanan tadi anda akan dapat nilai terkumpul sebanyak RM256.80. Untuk tahun itu anda ada wang sebanyak RM256.80.


 Teknik Ketiga

ASINGKAN WANG PERBELANJAAN SETIAP BULAN

Selalunya kita tidak merancang untuk membuat perbelanjaan rumah dan keluarga. Anda perlu membuat demikian. Pecahkan perbelanjaan beberapa bahagian untuk diri sendiri, anak-anak, selenggara kereta, perubatan anak-anak untuk kecemasan. Sebagai contoh di sini anda telah memperuntukan untuk diri sendiri sebanyak RM300 sebulan begitu juga untuk perbelanjaan yang lain (rancang sendiri bajet anda). Perbelanjaan RM300 anda sebulan semestinya mempunyai baki paling tidak pun RM50.
Contoh, dari baki RM50 sebulan tadi anda perlu menyimpan juga ke dalam ASB. Setahun anda dapat menyimpan sebanyak RM600.Andaikata keuntungan ASB untuk tahun berikutnya adalah 7%, maka anda telah mendapat keuntungan sebanyak RM42.00. Ditambah pula dengan simpanan tadi anda akan dapat nilai terkumpul sebanyak RM642.00. Untuk tahun itu anda ada wang sebanyak RM642.00.


JUMLAH WANG ANDA 

Samada anda perasan atau tidak jumlah penyimpanan anda secara tidak langsung termasuk dividen ASB adalah sebanyak RM1284.00. Satu jumlah yang banyak untuk tahun itu jika kita berdisiplin untuk menyimpan wang. Maknanya kita tidak akan terasa sangat sekiranya majikan tidak memberi bonus tahunan kepada anda. Selamat mencuba.


KATA-KATA SAYA

Saya ada banyak lagi kaedah yang lebih kompleks untuk dipelajari dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian anda untuk menguruskan kewangan sendiri atau keluarga. Saya akan kongsikan kepada anda semua bagaimana untuk menggandakan wang yang terkumpul tadi supaya mendapat pulangan yang lebih menarik dengan teknik saya sendiri. Ianya hanya melibatkan institusi bank dan ASB serta kebijaksanaan anda bermain dengan angka dan interest.

Tunggu...............

Thursday, September 1, 2011

Rambut Aku Ditarik Ke Atas Di Tengah Padang Malam Hari

Kejadian aneh ni berlaku pada tahun 1998 jika tidak silap bulan September. Waktu itu merupakan cuti semester UNITAR dan aku balik ke kampung untuk menghabiskan cuti bersama keluarga di Miri Sarawak. Tempat tinggal aku pada masa itu adalah di sebuah kompleks penguatkuasa di Jalan Pujut. Orang-orang lama di kediaman itu selalu mengatakan ada sebuah padang berhampiran dilabel sebagai ‘keras’. Aku tahu dan aku akui padang itu memang keras tetapi hanya buat endah tak endah.

Tepat jam 1000 malam. Aku berhasrat hendak ke sebuah pasaraya yang berhampiran di kediamanku. Pasaraya tersebut dahulu dikenali sebagai ‘SurveyJaya’ yang mana jaraknya lebih kurang 2 kilometer dari rumah. Aku bertekad hendak ke pasaraya itu juga kerana perlu membeli sesuatu barang yang ingin aku jadikan kudapan di tengah malam. Laluan ke pasaraya itu perlu menempuh padang berkenaan yang dikatakan keras. Padang itu dikelilingi oleh pokok-pokok yang besar dan berlantaikan batu-batu kelikir halus.

Aku berjalan kaki  menerusi padang itu dan beranggapan tiada apa-apa yang akan terjadi. Pada mulanya ada terasa bulu roma naik seketika ketika masuk di perkarangan padang. Namun ianya hilang dan disusuli dengan tiupan angin yang sejuk. Padang itu hanyalah sebesar 100 meter persegi dan perjalananku menerusinya hanyalah mengambil masa lebih kurang 3 minit.

Aku selamat menerusi padang itu dan terus menuju ke pasaraya dengan satu lagi laluan yang agak seram iaitu laluan belakang kediaman bersebelahan dewan serbaguna yang agak usang. Namun aku teruskan perjalanan ke pasaraya.

Barang sudah dibeli dan kini aku perlu menempuh kembali padang tadi. Kali ini lain pula yang berlaku. Belum sempat sampai ke padang itu bulu roma meremang dan angin meniup dengan perlahan. Terasa amat sejuk dingin badan aku. Aku pun teruskan perjalanan dan menghampiri laluan padang. Setibanya masuk ke padang itu pemikiran aku terus menjadi kusut. Aku lihat amat jauh jarak dari hujung padang ke hujung padang dengan pancaran bulan yang samar-samar. Aku menjerit ‘Tolong Jangan Kacau Aku’. Lega setelah menjerit tiada apa-apa yang berlaku. Namun apa yang pelik dari tadi perjalananku tidak sampai-sampai ke penghujung padang. Aku bernekad mempercepatkan langkah. 

Dalam mempercepatkan langkah itu aku dapat rasakan dengan jelas dan yakin rambut aku ditarik ke atas. Aku dapat rasakan bahawa aku terangkat sedikit dari bumi. Pada masa ini aku tak ingat apa-apa selepas rambut ditarik. Apa yang aku ingat aku sudah berada di tangga rumah.

Setibanya di rumah aku memikir sejenak apa yang berlaku tadi. Kesan kusut rambut masih ada (masa tu rambut panjang). Puas aku memikir adakah yang menarik aku tadi makhluk halus? Namun aku biarkan sahaja.

Kisah ini tidak abis di sini saja… Jam 1220 tengah malam sejurus insiden tadi aku terasa ingin membuang air kecil di tandas, jadi aku masuk la ke tandas seperti biasa dan mengunci dari dalam. Sekali lagi aku terkejut pintu tandas terbuka dan aku dapat lihat dengan kepala mata aku sendiri satu lembaga berfizikal seperti manusia tetapi tiada muka…tiada wajah… kepalanya hanya lah kosong (macam sebiji telur)… Berdiri di hadapan pintu tandas. Bayangkan anda melihat makhluk yang tiada muka…. 

Aku terus memanggil kakak aku dan bertanya siapa yang berdiri di depan pintu tandas yang kebetulan masih menonton TV pada masa itu. Kakak aku tidak bercakap apa-apa dan terus senyap. Aku pun merasa sangat aneh dan terus ke bilik untuk tidur.

Keesokkan harinya aku demam 7 hari dengan muntah yang berterusan dan aku masih ingat lagi badan aku menjadi kurus kering. Ayah aku membawa aku ke klinik dan mengesahkan aku hanya demam biasa. Sejurus sembuh aku tidak lagi melalui padang ‘keras’ yang masih ada di kediamanku.

Kempiskan Perut Anda Dengan Cara Berkesan


Bulan Syawal ni ramai yang makan dengan begitu banyak sehinggakan lupa tentang kesihatan sendiri. Maklumlah puasa sebulan... Sebulan tak makan di siang hari. Juadah pula yang 'rare'... Nah, lepas ni confirm perut naik semula kepada saiz sebelum berpuasa. Apapun di sini ada tips-tips yang mungkin akan dapat mengempiskan perut anda. Tapi kena lihat dari sudut kesesuaian metabolisme anda.

1.   Makan Dahulu Minum Air Kemudian

Ramai antara kira minum air dahulu lepas tu baru makan. Kononnya akan melancarkan pergerakan makanan ke dalam perut. Di sini kita silap. Orang tua-tua dahulu akan makan apa jua jenis makanan dan selepas setengah jam makan tadi barulah meneguk air. Dipercayai akan mengempiskan perut dan perut tidak akan mengelembung.

2.   Makan perlahan-lahan (Step by step)

Dinasihatkan supaya jangan makan gelojoh dan cepat. Ini kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Nikmatilah makanan dengan cara yang perlahan. Makanan yang tidak hancur dikunyah akan menjadi bahagian-bahagian yang tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan


3.   Mengurang Pengambilan Garam

Kepada yang suka makanan yang agak masin tu perlulah kurangkan pengambilannya. Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

4.   Pengambilan Serat (Buah-buahan)

Tadi di para 1 perlu makan dulu sebelum minum air. Kalau hendak lebih berkesan, makanlah buah-buahan dahulu seterusnya makan dan diakhiri minum air selepas setengah jam. Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air. Dengan memakan buah-buahan berserat akan menghindari sembelit.

5.   Awasi Ubat-Ubatan

Hati-hati apabila mengambil ubat-ubatan. Adakalanya perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

6.   Bersenam 

Yang paling berkesan adalah bersenam. Tapi jangan hanya buat senaman perut. Senaman perut hanya boleh dibuat susulan daripada senaman biasa. Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

7.   Tips Yang Tidak Disarankan Untuk Diikuti Dan Sedikit Merbahaya

Bancuh teh uncang dalam cawan dengan air panas tanpa gula. Kalau nak power bancuh 2 uncang teh. Ambil 5 biji limau nipis perah ke dalam air tadi. Minum selepas air tadi sejuk.
Minum pagi sebelum sarapan. Pasti anda akan membuat temujanji yang kerap dengan tandas. Jangan minum lebih dari 3 hari berturut-turut. Dikhuatiri cecair badan akan cepat abis.. (Ingat!!! Tidak disarankan mencuba. Risiko tanggung sendiri)

Jika tips-tips di atas tidak memberi kesan kepada anda walaupun sudah mendisiplinkan diri, saya syorkan anda berpuasa semula. Selamat mencuba...

Thursday, August 25, 2011

Malam Lailatul Qadar


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t. 

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas. 

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a. 

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu. 

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut" 

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya. 

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar 

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

sumber al-azim

Thursday, August 18, 2011

Kenali Pasangan Anda Melalui Cara Makan

Anda sememangnya selalu keluar makan bersama pasangan baik suami isteri, girlfriends boyfriends, ataupun rakan sepejabat. Jadi, lepas membaca artikel di bawah ni maka anda boleh membuat ramalan sendiri tentang pasangan anda..

Makan dengan tenang 
Makan dengan perlahan dan sopan. Suapan penuh berhati-hati. Tapi cara makannya itu membuatkan kamu bosan dan geram. Cara makannya seolah-olah lebih ‘berminat’ dengan makanan itu berbanding dengan kamu. Namun di sebalik sikap ini menggambarkan bahawa dia seorang yang serius dalam membuat keputusan dan dia adalah seorang yang setia.

Asyik membelek makanan
Dia lebih banyak pandang makanan daripada kamu. Seolah-olah makanan itu nampak sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Sangat teliti. Contohnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan disusun di tepi pinggan. Tersusun saja! Usah bimbang, itu menandakan dia amat prihatin dalam setiap perkara yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. Jadi usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Cara makan dia tidak terlalu cepat atau lambat. Sesekali dia akan berbual tapi tidaklah kerap sangat. Kamu rasa ‘kewujudan’ kamu di depannya. Namun ketika makan, matanya asyik perhatikan kamu sehingga kadangkala kamu nak makan pun rasa segan. Ini menunjukkan dia sangat sayang kamu dan tidak mahu kamu ‘hilang’ dari pandangannya. Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah!

Makan sambil berborak
Seronok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menunjukkan bahawa si dia seorang yang ceria dan susah nak tengok dia marah. Tapi mungkin kuat merajuk. Selain itu, dia juga suka berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi jangan buat dia marah. Hangin satu badan nanti!

Makan sambil kerap tengok jam
Asyik tengok jam setiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang mahu dikejarkan. Jangan salah faham, bukan dia ada temujanji dengan orang lain, cuma itu adalah tabiat dia. Itu menunjukkan dia amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji, mesti dia sampai tepat pada masa. Dia seorang yang aggresif dan tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut
Ada saja yang hendak dirungut atau dikomen. Banyak perkara baginya tak betul. Makanan tak sedaplah, kurang rasalah dan macam-macam lagi. Sampai kadangkala rasa sakit hati juga dibuatnya. Si dia adalah jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan terus diluahkan walaupun kadangkala merimaskan. Tapi di sebalik sikapnya itu menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma mungkin dia kuat cemburu. Jadi janganlah ambil kesempatan melihat orang lain di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Gaduh besar nanti!

Monday, August 15, 2011

Angka Yang Anda Perlu Tahu

 Tahukah anda pada tahun ini kita telah dan akan menempuh tarikh seperti berikut :-
1/1/11
11/1/11
1/11/11
11/11/11
Keempat tarikh-tarikh itu sememangnya jarang berlaku dan ramai yang akan memilih tarikh tersebut sebagai tarikh perkahwinan kan....

Ok, sesi matematik sekejap... cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 untuk semua..

Tak percaya??? Jom kita try . . .
Contoh pertama : Lahir tahun 1973 [ 73 + 34(umur sekarang) = 111 ]
Contoh kedua : Lahir tahun 1980 [ 80 + 31(umur sekarang) = 111 ]
 
Disebalik angka-angka tersebut anda perlu tahu bahawa kejadian ini hanya akan berlaku sekali
sahaja setiap 823 tahun.


Friday, August 12, 2011

Nama Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah

Hati-hati membaca surah Al-Fatihah. Perlu dibaca dengan betul jika tidak maksudnya bertukar ke nama Syaitan... Cuba tengok imej kat bawah ni....

 

Thursday, August 11, 2011

Telur Rebus Berbentuk LOVE




Selalu kita makan telur membujur jer bentuknya. Kita tak pernah terfikir nak buat telur berbentuk selain dari bujur. Tadi membelek Pak G terkesan ler teknik nak buat telur jadi bentuk LOVE. Tengok la gambarajah kat atas tu. Cuma masa buat tu pastikan telur dalam keadaan masih panas . Letak kat acuan DIY tu selama 5 minit (aku teka jer sbb tak de info berapa lama kene compress telur tu)

Jadi, buat la kelainan masa berbuka puasa nanti. Selalu anak2 makan telur membujur sekarang tidak lagi... Telur berbentuk LOVE.... 

Selamat Mencuba.....

Wednesday, August 10, 2011

Kelebihan Buah Kurma Yang Anda Wajib Tahu


Kurma tidak memindahkan bakteria dan mikroba, dan bahawa ulat yang ada di dalam kurma lama boleh memusnahkan amoeba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

Seandainya tidak kerana kurma dan kopi Arab, nescaya penduduk Semenanjung Arab akan diserang pelbagai penyakit yang tidak diketahui hujungnya kecuali oleh Allah SWT.

Serbuk sari kurma dapat mengubati kemandulan wanita.

Makanan dan ubat yang paling penting bagi para angkasawan adalah kurma, dan bahawa kurma lebih sihat daripada kaviar.

Sabut pohon kurma adalah pembersihan yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya daripada penyakit-penyakit kulit.

Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih.

Kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia boleh menggiatkan kalenjar dan menguatkan saraf.

Setiap 100gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang dikandung oleh setiap 100 gram madu.

Makanan yang paling baik yang dimakan oleh pejuang dalam perang adalah kurma, kerana kurma membekalkan dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenalnya sehingga dia menjadi seorang pemberani yang tidak takut akan kematian

Ada satu jenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya

Ada 450 jenis kurma di seluruh dunia

Kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana mengandungi zat besi dengan kadar yang tinggi

Kurma dapat menguatkan rahim saat melahirkan kerana mengandungi hormone pitosin yang berkhasiat menetapkan proses melahirkan

Kurma dapat mencegah radang kerana mengandungi antiseptic dan antirematik

Kurma mengandungi kadar yang bagus dari serat yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah konstipasi

Kurma dapat melindungi usus besar dari kanser

Jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah 'ajwah Madinah, Razizi, dan rabi'ah

Jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha `il, kerana setiap 100 gram daripadanya tidak mengandungi lebih daripada 67 kalori

Jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral-mineral dan vitamin adalah rabi'ah Madinah yang mengandungi kadar yang tinggi dari potasium dan besi

Kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan perseorangan-perseorangan yang tidak memerlukan proses pencernaan

Kurma dapat mengurangkan ketegangan saraf yang disebabkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampaui batas

Kurma dapat mengurangkan rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa

Kurma dapat mempersiapkan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi

Kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci buah pinggang

Kurma dapat membersihkan hati dari racun dan meredakan pergolakan saraf

Kurma basah boleh menurunkan tekanan darah bagi para perempuan hamil dan menormalkannya pasca melahirkan

Kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandungi banyak unsur mineral, seperti fosforus, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin

Kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging

Kurma dapat memelihara kelembapan dan kebinaran mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari

Kurma boleh melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan jangkitan

Kurma membekalkan tubuh dengan besi yang diperlukan oleh darah dan fosforus yang membantu proses berfikir

Kurma boleh membantu menenangkan dan mendamaikan jiwa sehingga diresepkan bagi orang yang berpenyakit saraf dan bertemperamen tinggi

Memakan kurma sebelum makan pagi boleh membunuh cacing
 
Kurma dianggap sebagai makanan yang paling baik di daerah sahara kerana dapat disimpan di dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan

Di kalangan penduduk Sahara dan Oasis tidak menghidap peyakit kanser, kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan pokok

Pada pertengahan kedua abad ke-20, para ahli mengungkapkan adanya asid amino yang lain pada kurma. Dan yang paling penting dalam asam ini adalah glutathione sebagai antioksidan. Ternyata, bagi 100 gram (7 kurma) boleh memberikan lebih dari 350 tenaga. Jadi, nilai gizi kurma hampir sempurna. Kurma adalah rezeki beruntun yang datang terus-menerus dan tidak terputus sebagai rezeki dari Allah SWT untuk umat manusia. Maa syaa Allah Laa Quwwata Illa billaah..

Kiamat Itu Bagaimana Rupanya

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi

Kuih Yang Merbahaya Untuk Dimakan

Kuih paling gangster = Lompat Tikam

Kuih paling sexy = Puteri Mandi

Kuih paling keji = Taik Itik

Kuih bajet cute = Cek mek molek

Kuih untuk awet muda = Seri Muka

Kuih takut untuk dimakan = NAGAsari

Kuih paling ***** = doDOL (ini kuih ke?)


Kuih paling style = Kuih CARA

Kuih untuk mekap = Tepung Gomak

Kuih paling alim = Kuih Ketayap

Kuih berlagu = Qasidah

Kuih ala hispanic = Kuih Lopez

Kuih paling lembap = Kuih Siput

Kuih paling kaya = Jala Emas

Kuih paling jauh = Kuih Bulan

Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk

Kuih meletup/pengganas = Kuih Bom

Kuih suka pukul = Kuih Lompang

Kuih dalam zoo = Badak Berendam

Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik = Sampreeeeettttt

Kuih Mami Penang Lip Lap Lip Lap = Kuih Gelang

Kuih suka pow = Pau

Kuih kuat cikcur disebalik batu = Cucur Udang